AGM: Lagi ahli PPBM 
desak ROS bertindak

Utusan Online |
RAJA MOHD. AZLAN MOHD. OMAR (tengah) menunjukkan ugutan dan kecaman di media sosial terhadapnya dala

KUANTAN 14 Feb. – Sebahagian daripada ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) negeri ini mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan segera terhadap parti itu berhubung salah laku pemimpin termasuk status mesyuarat agung tahunan (AGM) yang meragukan.

Ketua Penyelaras Pemuda PPBM Pahang, Raja Mohd. Azlan Mohd. Omar berkata, pihaknya keliru kerana sehingga kini ROS masih belum mengambil sebarang tindakan terhadap parti itu walaupun lebih 400 laporan dibuat ahli akar umbi mengenainya.

“Kami sudah menghantar laporan kepada ROS mengenai salah laku parti terutama berkaitan penggunaan nama Armada (sayap pemuda PPBM) dan AGM namun tiada jawapan sehingga kini.

“Saya menyeru ROS mengambil tindakan sewajarnya agar PPBM bergerak lebih telus dan adil. Jika tiada sebarang maklum balas kami menganggap badan itu pula dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Yang turut hadir Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh, Sharipul Fairuz Mohd. Sharip dan Ketua Pemuda PPBM Kuantan, Mohd. Asyraf Muhammad Asri.

Menurut Raja Mohd. Azlan, beliau bersama kira-kira 100 ahli akan menyertai perhimpunan aman di Ibu pejabat ROS di Putrajaya pada 22 Februari ini untuk mendapat jawapan konkrit berhubung aduan yang dikemukakan selama ini.

“Saya lihat PPBM tidak matang dalam mengendalikan masalah dalaman parti dengan sering mengaitkan kami sebagai ejen UMNO,” ujarnya.

Sementara itu, Mohd. Asyraf berkata, banyak tindakan parti berkenaan dilihat menyalahi undang-undang termasuk dalam isu jawatan ahli apabila mereka sesuka hati memecat seseorang daripada jawatan.

“Macam kami ini, mengikut undang-undang dan ROS, kami sebenarnya masih memegang jawatan ketua tetapi parti mendakwa sebaliknya.

“Tiada hitam putih hanya kera­na berpandangan berbeza serta mengkritik dan gantikan pula dengan kroni mereka,” ujarnya.

Bagi Sharipul Fairuz, timbul persoalan kenapa ROS sehingga kini masih gagal mengambil tindakan terhadap PPBM walaupun banyak laporan sudah dibuat ahli akar umbi yang tidak berpuas hati.

“Kenapa ada kelewatan tindakan terhadap PPBM? Apakah dalam ROS itu sendiri ada ‘kaki-kaki’ (pegawai ROS) yang cen­derung kepada parti berkenaan sehingga tiada tindakan diambil sehingga kini,” katanya.

  • 0
    SHARES