SPRM NS lancar kempen Gempur perangi rasuah

Utusan Online |
Ramli ISMAIL (kiri) menyerahkan poster  kepada  Abdul Halim Abd

SEREMBAN 14 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ne-geri Sembilan melancarkan kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (Gempur) dengan me­nyasarkan usaha membersihkan gejala tidak sihat itu dalam kalangan penjawat awam terlebih dahulu.

Pengarah SPRM negeri, Ramli Ismail berkata, bagi tujuan itu, pihaknya telah bekerjasama de­ngan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk bersama-sama me-merangi kegiatan berkenaan.

“Kempen ini mendapat kerjasama yang baik kerajaan negeri kerana bersama-sama dengan SPRM untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa dalam PBT.

“Saya berharap kerjasama ini berterusan bukan sahaja dalam berkempen malah pelaksanaannya dan saya yakin hasrat untuk memerangi rasuah dapat dicapai,” katanya selepas Pelancaran Kempen Gempur di sini.

Yang turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Datuk Abd. Halim Abd. Latif.

Menurut Ramli, adalah menjadi hasrat SPRM untuk membebaskan negara ini daripada sebarang bentuk rasuah kerana ia akan memberi imej buruk yang akan menjejaskan keyakinan pelabur.

Katanya, masyarakat juga diseru untuk menjadi mata dan teli­nga SPRM dan identiti mereka akan dilindungi oleh pihak berkuasa.

  • 0
    SHARES