Peningkatan 2% sampah 
sehari cuti perayaan di Melaka

Utusan Online |

MELAKA 14 Feb. – Pusat pelupusan sampah di negeri ini dijangka menerima peningkatan sebanyak 20 tan jumlah bahan buangan itu dalam sehari sempena Tahun Baharu Cina yang disambut pada Jumaat dan Sabtu ini.

Pengurus Wilayah SWM Environment Melaka dan Negeri Sembilan, Dr. Al' Ashari Othman berkata, peningkatan itu dianggarkan dua peratus berbanding jumlah purata 1,000 tan sampah sehari yang di-terima pusat berkenaan.

Menurutnya, peningkatan itu bagaimanapun tidak membawa sebarang masalah kepada pihak-nya memandangkan persiapan rapi telah dilaksanakan bagi me­nguruskan pertambahan sisa pe-pejal berkenaan.

“Bagaimanapun, orang ramai boleh menyumbang kepada pe­ngurusan yang lebih cekap dan teratur dengan mengamalkan pe­ngasingan sisa pepejal dari rumah.

“Kerjasama orang ramai dapat memastikan kebersihan alam sekitar di negeri ini terjamin dan tumpuan boleh diberikan kepada usaha menjaga kebersihan bandar yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong pada musim perayaan," katanya ketika ditemui pada program SWM Kasih Bersama Warga Emas di Spring Day Home Care, Bertam di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif SWM Environment, Dr. Uzir Abdul Malik.

Pada majlis itu, SWM Environment Sdn. Bhd. melalui program tanggungjawab sosialnya me­nyampaikan sumbangan makanan dan angpau kepada 25 peng­huni rumah jagaan warga emas tersebut sempena Tahun Baharu Cina.

Al' Ashari berkata, tahap ke-sedaran masyarakat dalam me-laksanakan pengasingan sisa pepejal semakin meningkat sejak penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 pada tahun 2015.

Katanya, pihak SWM Environment juga menerima banyak maklum balas positif serta kerjasama baik daripada masyarakat yang semakin memahami dan sedar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

  • 0
    SHARES

Berita Disyorkan