City tidak perlu masa lama belasah FC Basel

Utusan Online |
TONGGAK pertahanan Basel, Blas Riveros (kiri) menyekat kemaraan

BASEL 14 Feb. - Manchester City tidak mengambil masa lama untuk ‘membunuh’ perlawanan pusingan pertama 16 akhir Liga Juara-Juara menentang FC Basel apabila melakukannya dalam tempoh 23 minit ketika meraih kemenangan 4-0, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut tiga gol City diperoleh dalam masa 23 minit sahaja sekali gus menyebabkan lawan sukar beraksi dengan baik dalam baki saingan yang ada.

Tiga gol awal City dijaringkan oleh Ilkay Gundogan pada minit ke-14, Bernardo Silva minit ke-18 dan Sergio Aguero minit ke-23.

Baki satu lagi gol City turut dijaringkan oleh Gundagon ketika minit ke-53.

City yang tewas dalam tiga perlawanan di peringkat sama dalam empat penampilan sebelum ini telah beraksi dengan sebaiknya apabila menguasai 69 peratus perlawanan sehingga sukar lawan memberikan saingan.

“Ini adalah satu keputusan yang amat menakjubkan.

“Kami bertahan dengan amat baik. Bukan mudah untuk mengekalkan tahap sebegini se­perti kami lakukan ini,” kata pe­ngurus City, Pep Guardiola.

Dalam pada itu, Guardiola dijangka merehatkan beberapa pemain untuk kembali beraksi dalam pusingan kedua di Stadium Etihad.

“Saya tidak mahu katakan bahawa kami sudah selesai kerana dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku dalam masa sama kami perlu menghormati Basel.

“Penting kini adalah mendapatkan kemenangan dan keputusan yang diraih ini memerlukan kami lebih fokus dalam aksi menentang Arsenal dan Chelsea sewaktu aksi Liga Perdana Ing­geris,” kata Guardiola. – AGENSI

  • 0
    SHARES

Berita Disyorkan