Kemaman Bike Fest 2018 dapat sambutan luar biasa

Utusan Online |
ROSLI OTHMAN (dua dari kiri) menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam majlis perasmian Kemaman Hav

KEMAMAN 14 Feb. – Hampir 5,000 pemilik motor berkuasa tinggi dari seluruh negara menyertai program Kemaman Havoc Bike Fest 2018 dalam himpunan permotoran terbesar di tapak pasar malam Padang Astaka di sini baru-baru ini.

Program selama tiga hari itu dimeriahkan dengan beberapa aktiviti yang menarik seperti aksi lasak, pameran dan pertandingan motor, persembahan busking, gerai jualan makanan dan pameran jabatan serta agensi kerajaan.

Diadakan sempena Perma­syuran ke-16 Majlis Pemban­daran Kemaman (MPK), program tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Insfra­struktur dan Kemudahan Awam negeri, Ir. Rosli Othman.

Beliau menyifatkan sambutan kalangan mereka yang ber­kongsi minat yang sama itu sebagai luar biasa sehingga menjadikan Kemaman Havoc Bike Fest 2018 merupakan antara perhimpunan permotoran terbesar di negeri ini.

“Berdasarkan sambutan yang amat memberangsangkan daripada warga Kemaman, kita berharap program ini dapat diteruskan pada tahun akan datang kerana ia turut memberi impak dari sudut pelancongan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap penganjur, Ramdan Mamat ber­kata, tujuan program itu bersama pemilik motor berkuasa tinggi dari seluruh negara ini adalah untuk mengeratkan ukhuwan antara satu sama lain.

“Saya ingin berterima kasih kepada warga Kemaman dan pemilik motor berkuasa tinggi kerana sanggup menunggang dari jauh untuk hadir ke program ini, dan saya berharap program permulaaan ini dapat dijadikan acara tahunan di daerah Kemaman,” katanya.

  • 0
    SHARES

Berita Disyorkan