Video seks: Kertas siasatan dibuka

Utusan Online |

KUALA LUMPUR 14 Feb.– Po­­­lis membuka kertas siasatan berhubung rakaman video seks seorang individu dikatakan mirip Datuk Lee Chong Wei yang viral di laman sosial baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah.

“Kita telah mengambil keterangan Chong Wei semalam. Beliau juga meminta kerjasama polis untuk menyiasat siapa individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan video berkenaan.

“Berilah masa pihak polis siasat dahulu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Chong Wei membuat laporan polis kira-kira pukul 3 petang semalam di Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Baru-baru ini, sebuah rakaman video seks berdurasi 3 minit 12 saat viral di laman Facebook yang menunjukkan seorang individu mirip pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik berkenaan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam sebuah bilik yang tidak diketahui lokasinya.

  • 0
    SHARES