Chelsea sekadar seri dengan Leicester

BHONLINE |

LONDON: Chelsea sekadar seri tanpa jaringan berdepan Leicester City yang beraksi dengan 10 pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris, sebentar tadi.

Keputusan itu memberi kelebihan kepada Manchester United dalam perebutan tempat kedua liga di belakang pendahulu, Manchester City.

Juara bertahan itu bergelut menentang pasukan yang menjuarai liga setahun sebelum mereka dengan Leicester mencipta lebih banyak peluang bagi menjaringkan gol pada babak pertama.

Chelsea yang seri 0-0 dalam dua perlawanan saingan piala sebelum aksi menentang Leicester itu menunjukkan peningkatan selepas pengurus, Antonio Conte menggantikan Eden Hazard dan Cesc Fabregas dengan Pedro dan Willian pada minit ke-58.

Leicester terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas tonggak pertahanan, Ben Chilwell diperintahkan keluar padang apabila dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-68.

Bagaimanapun, Leicester berjaya mengikat Chelsea untuk berkongsi satu mata sekali gus menyaksikan The Blues kini mengumpul 47 mata, berkongsi dengan United yang akan melayan kunjungan Stoke City, awal pagi Selasa ini.

City yang berada di kedudukan teratas kekal dengan kelebihan 15 mata ke atas kedua-dua kelab berkenaan. - REUTERS

  • 0
    SHARES

Berita Disyorkan